Allahummasollia'alamuhammad wa'ala ali Muhammad..
Banyak orang ada pendapat masing2 tentang hari ibu ni..ada yang cakap tal leh sambut, tak kurang juga ada yang sambut dengan cara masin2..aaaahhh suka hati ekau la nak sambut ke tak sambut ke nak buat majlis yang macam mana ke..
Aku ada banyak baca pasal hari ibu ni..ada ustaz yang haram kan terus dan ada juga yang bersifat pertengahan..boleh sambut tapi bukan niat untuk tiru mat saleh atau nak sambut sebab mereka sambut..tapi kalau sambut hari ibu sekadar untuk saling mengingati bahawa ibu adalah orang yang banyak berjasa dan berkorban untuk kita, jadi untuk mengembirakan mereka tidak ada salahnya..banyak juga orang cakap" alah hari ibu bila2 pun boleh sambut tak semestinya hari tu je". Memang benar kenyataan itu, namun harus diingat juga bahawa setiap orang ada niat mereka masing2,,manusia bukan penentu syurga atau neraka, baik atau jahat, seseorang itu..jadi jangan mencaci atau menghina pelaku tersebut kerana kita tidak tahu akan niatnya..
Bagi keluarga kami, kami menyambutnya secara sederhana dan lebih kepada family gathering..hari tu mie aku dapat 3 kek daripada abang2 dan kakak aku..semua tak tahu yag masing2 beli..yang menariknya abang dan kakak aku terbeli kek yang sama..tulah adik-beradik instinct sama..yang pening mie happy..bukan nit apa pun..nak buat macam tu hari2 memang susah la, abang aku yang ada keluarga tu ada rumah sendiri, yang sorang lagi kerja atas kapal 3 bulan sekali baru balik, lagipun nak jemput mak sedara aku, campur dengan nenek aku dan lain2 bukan mudah..jadi ini lah masanya yang boleh buat gathering walaupin tak semua ada. Tapi aku boleh rasa akan kehappyan itu..
Terima kasih mie untuk segala-galanya..dulu kini dan selamanya..cintamu, kasih sayangmu mengajar kami 11 adik beradik untuk kenal dunia dn PENCIPTA kami yang hakiki..moga cinta kita sampai syurga...
No comments:
Post a Comment