belum terlambat untuk click

Friday, March 30, 2012

right NOW...

Assalamualaikum...

jumaat yang mulia penghulu segala hari..Allahummasollia'la muhammad waa'la ali muhammad..

        ketidaktenangan hati, kegelisahan hati, kesedihan, kesakitan..merupakan rasa-rasa yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada makhluk yang dikasihi bagi membawa hamba-Nya dekat dengan Pencipta yang HAKIKI..semuanya tidak diberi sia-sia malahan disebaliknya adalah sebagai kafarah dan asbab untuk menaikkan darjat buat hamba-Nya yang terpilih..DIA tidak membiarkan hamba-Nya keseorangan..setiap rintihan didengari, MAHA PENYAYANG lagi MAHA PENGASIH..ENGKAU tempat aku mengadu....

      Dibawah langit-Mu aku berjalan menempuh semuanya,,dengan cinta-Mu jua aku melangkah, berlari, jatuh tersungkur mahupun rebah menyembah bumi aku bangun hanya kerana cinta-Mu..sungguh agung cinta-Mu ya ALLAH,,,sakit menjadi nikmat, luka menjadi penawar, derita menjadi madu..

Manisnya andai mampu memiliki CINTA TERAGUNG...halawatul iman

         *siapa aku disisi-MU
         *tempat apakah selayaknya aku selepas dihisab



30 mac 2012

No comments:

Post a Comment