assalamualaikum..
banyak yang tersimpan dalam lubuk hati yang ingin aku luahkan..syukur ya ALLAH atas kurniaan-Mu..
ada cerita yang aku nak kongsi..iya sememangnya menyentuh hati kecil aku..
tadi aku, mie dan bk tengok 30 minit us. don...tajuk malam ni tentang cinta rasul..oh ALLAH bilamana us cerita tentang saat-saat kewafatan baginda, tersekat-sekat suara us, bergenang matanya, tambah pulak dengan sorang pemanggil lelaki yang sebak bila ditanya apa yang akan dilakukannya jika bertemu rasulullah..sebak us.
aku kagum dengan keteguhan imannya, kecintaannya pada kekasih ALLAH, rindunya pada insan yang teragung, ALLAHUAKBAR
YA RASULULLAH.. ENGKAU KEKASIH ALLAH betapa sayangnya engkau pada kami umatmu, sehinggakan engkau mahu menanggung kesakitan sakaratulmaut umatmu.. begitu agung cintamu pada kami..ALLAHUMMASOLLIA'LA MUHAMMAD WA'ALAALIMUHAMMAD..
No comments:
Post a Comment