belum terlambat untuk click

Sunday, November 13, 2011

terlambat

Assalamualaikum..

Hari ini penghulu segala hari, jumaat. Banyak-banyakkan selawat..allahummasollia’alamuhammadwa’ala alimuhammad…

Hari ni aku nk menjurus kepada golongan perempuan yang berkahwin lambat atau dikatakan juga perempuan lanjut usia atau Andalusia atau  diksi kata yang agak kasar bagi aku untuk golongan tersebut adalah anak dara tua atau andartu..

Ramai orang berpendapat perempuan yang masih tidak berkahwin di usia 30 tahun dan keatas akan berperwatakan garang, egois, bengis, dan yang sama waktu dengannya.
Setelah aku mengkaji serba sikit dan melalui pemerhatian aku terhadap mereka yang tergolong dalam golongan ini, ada kebenarannya. Namun, menurutku mereka berperwatakan sedemikian kerana kurang keyakinan diri dengan status mereka, malu dengan rakan-rakan yang mungkin sudah beranak-pinak bercucu-cicit dan sebagainya dan satu lagi kerana memang perangai semulajadi orang tu macam tu nak buat macam mana. Mungkin mereka akan berubah setelah berkahwin atau mungkin akan berubah setelah mendapat petunjuk….huhuhu

Itu sajalah kjian aku untuk kali ini, sekian.   

Tuesday, November 8, 2011

merah dan raya

Assalaualaikum..


             Merah….


Penghuni kota yang pulang ke gagang semakin ramai yang pulang kembali meneruskan perjalanan masing-masing. Malam ni anak-anak buah, abang aku yang sulong pulang ke negeri Sembilan. Jalan-jalan di Kelantan ni pun dah semakin sesak, mana tak nya, masing-masing dah habis cuti raya.

Aku pun terfikir, rumah-rumah di kampung akan meriah apabila tibanya musim raya, rumah aku pun macam tu lah..aku pastti merindui solat berjemaah, makan sama-sama, masak sama-sama, tidur sama-sama, tengok tv sama-sama, dan semuanya lah sama-sama.

Haa, yang lebih menariknya raya korban rumah aku tahun ni sebab adanya geng  baru rumah aku. Abang aku yang kerja kat johor tu dia bela sekor iguana, nama nya MERAH. Menatang ni kadang-kadang bikin kecoh, yelah mana tak nya kakak ipar aku tu penakut . menatang tu diam je pun, tapi kalau ada kat luar tak duduk la dia kat situ. Aku ni nak kata takut, takut la jugak, nak kata geli, geli la jugak tapi x de la sampai tak boleh dekat langsung, aku boleh pegang merah tang ekor je, badan dengan kepala dia aku geli la nak pegang.

Yang aku dok terasa sayu ni, mestilah sebab kalau dah habis cuti ni mula lah kesibukan dengan tugasan kat kampus tu. Adush,, tak boleh ke kalau tak de kerja??
Okey la, sampai sini la dulu..



Wassalam.,,,,
  

Sunday, November 6, 2011

cahaya aidiladha

Assalamualaikum...

hari ni dah pun 11 zulhijjah bersamaan 7 november...semalam 10 zulhijjah kita menyambut hari raya aidiladha dan juga disebut hari raya korban..mengapa korban??
kerana umat islam akan korbankan binatang al-an'am(unta,lembu,kambing,biri2) kalau nak tahu lebih banyak tentang sejarah aidiladha makanya anda harus mencari di saluran yang betul yer..

satu perkongsian yang saya dpat daripada khutbah solat sunat aidiladha kat kampung saya ni tentang ibadat wukuf iaitu satu rukun haji yang wajib dilaksanakan oleh mereka yang mengerjakan haji

wukuf : berhenti seketika di arafah diantara waktu asar dan maghrib..

apa ibadat yang dilakukan? bermuhasabah diri,zikir,doa berbayankbanyakbanyakdanbanyakberbanayak,baca quran

macam mana ibadat wukuf boleh terjadi?
ini berbalik pada sejarah ibadat korban yang mana nabi Ibrahim diperintah oleh Allah untuk mengorbankan anaknya nabi ismail dengan bermimpi baginda mengorbankan banyak binatang..namun ketika baginda didatangi mimpi tersebut, baginda masih belum mengetahui dan memahami sama ada ianya datang drp ALLAH atau syaitan...oleh itu baginda berfikir tentang mimpi tersebut dan bermuhasah diri..oleh itu,terdapatlah ibadat wukuf...

ok??..kalau tak okey, tak faham atau nak tahu lebih lanjut maka bertanyalah yang lebih banyak ilmunya..









*kalau ada baca entry aku ni dan ada kesilapan,tolong tegur yeer
*aku pasti merindui hari semalam
*bahagia...
*terima kasih ALLAH atas kurniaan nikmat-MU pada kelurgaku..