belum terlambat untuk click

Saturday, December 24, 2011

baiti jannati

assalamualaikum...


alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan padaku dan keluargaku.. benarlah bagai dikata "rumahku syurgaku". bila dok kt rumah ni angin nye lain, jiwanya lain, emosinya lain, hatinya lain..semuanya bagai aku berterbangan ditaman bunga yang dipenuhi dengan rerama..hahhaha..poyo!

hr ni pegi beli tiket nk balik kedah dh..final nk dekat dah stdy blom lagi..aduyai

namun ada sesatu yang brlaku ulngan *sesatu..hahaha..jengjengjeng





Tercapai jugak ye hasrat nak try pizza baru heheh..mkn kt pizza hut la takkan mkn pizza kat mc d ke kfc ke..apa jadah nye pulak..mcm biasa la kt kb mall..mkn dengan the most important person in my life mie, kak che, nabilah n hasyatie adik aku la 2...



aku tak berapa minat nak upload gmbr..jadi, x de la gmbrnya



ok that's all...








*thanks ALLAH 4 this happiness
*kurniann-Mu sungguh indah


25 dec 2011 2:50p.m

Wednesday, December 21, 2011

assalamualaikum...


jam menunjukkan 2:18 minit pagi.. aku masih tak boleh tido dan tidak dapat tido kerana last assingment aku untuk semester ni tak siap lagi yang mana perlu dihantar sebelom 1 ptg esok.. uhhu.. itu satu hal..

banyak dan agak bayak lah yer yang sebanyak mungkin perjalanan yanh megajar aku erti hidup pada minggu ini. oh..bukan senang yer nak hadapi kehidupanku ini tanpa kesabaran dan pertolongn serta rahmay ALLAH. begitu juga dengan kehidupan kamu gamaknya..

semakin jauh aku menyusur perjalanan hidup ini, semakin dekat aku dengan kematiaanku semakin banyak jugalah ujian-ujian yang mengajar aku apa itu yang dikatakan pahit manis kehidupan. kenal ramai orang degan banyaknya karenah-karenah setiap dari mereka.. airmata tumpah bukan bermakna menyerah dan terus tersungkur, tapi menandakan kta adalah hamba ALLAH yang sering memerlukan-Nya.

jalan-jaln yang sementara ini lah yang akan memberi kan aku kedewasaan secara semulajadi. .

semua situasi tersurat yang aku lalui mahupun yang terserat hanya DIA lah sahaja yang mengetahui aku ini apa? aku ini siapa? aku ini bagaimana? aku ini di mana? pada pandangan-Nya....









* biarlah diorang nak anggap apa jadi semalam adalah rentetan dari ctu.. padahal bukan lah itu
* biarlah dia berfikir begitu pdaku
* biarlah ALLAH yang mengetahuinya
* semuanya sudah ditakdirkan.

Friday, December 16, 2011

kusut

assalamualaikum...

salam jumaat....




hari ni makin banyak sikap buruk aku yang aku dapati bermaharajalela dalam diri aku..macam mana aku nak buang yer?..lagi staun stgh aku nak dok dgn org yang lain suku-sakat dengan aku..tu la mie aku cakap, kalau orang lain tu tetap la orang lain, mana nak sama dengan keluarga kita..

cara aku hadapi situasi yang tertekan, menekan lagi mengkusutkan otak sangat la gagal..macam mana aku nak dapat markah penuh dengan ujian ni..kalau asyik2 mcm ni jer..YA ALLAH KENAPA HATI AKU MASIH DIPENUHI DENGAN KEHINAAN NI.

...hati sangat tidak tenang dan memerlukan ubat mujarab ni..dan aku memang kena balik untuk mengembalikan diri sendiri balik..aku tak suka dengan diri aku sekarang ni..mulut jahat, hati jahat, jiwa tak cantik, emosi tak betul..aku kena baiki keadaan ni..





*aku kena habiskan minggu ni

*lama tak telefon mie
assalamualaikum...

salam jumaat....




hari ni makin banyak sikap buruk aku yang aku dapati bermaharajalela dalam diri aku..macam mana aku nak buang yer?..lagi staun stgh aku nak dok dgn org yang lain suku-sakat dengan aku..tu la mie aku cakap, kalau orang lain tu tetap la orang lain, mana nak sama dengan keluarga kita..

cara aku hadapi situasi yang tertekan, menekan lagi mengkusutkan otak sangat la gagal..macam mana aku nak dapat markah penuh dengan ujian ni..kalau asyik2 mcm ni jer..YA ALLAH KENAPA HATI AKU MASIH DIPENUHI DENGAN KEHINAAN NI.

...hati sangat tidak tenang dan memerlukan ubat mujarab ni..dan aku memang kena balik untuk mengembalikan diri sendiri balik..aku tak suka dengan diri aku sekarang ni..mulut jahat, hati jahat, jiwa tak cantik, emosi tak betul..aku kena baiki keadaan ni..





*aku kena habiskan minggu ni

*lama tak telefon mie

Tuesday, December 13, 2011

21 tahun ku

assalamualaikum...

tak nak cakap banyak.. aku nak bb tau yang hari ni hari kelahiranku.. aku doakan semoga umur aku ni bermanfaat dan aku dirahmati oleh ALLAH..cinta ALLAH adalah pengakhiran yang abadi.. 










*dah 2 abad aku di persinggahan ini...


Friday, December 2, 2011

bisikan curiga

assalamualaikum...

pernah tak dengar satu hadis yang mana rasulullah menghalang kita bercakap berbisi-bisik diantara 2 orang yang mana kamu adalah ber3..lebih kurang macam tu..kalau salah tolong betulkan ye,

pada pendapat aku, tegahan itu bersebab dan bukan tegahan yang saje-saje je..cuba lah kalau kamu 3 orang tapi tiba-tiba 2 orang tu dok bisik-bisik tanpa melibatkan ko..mestilah ko akan rasa tak senang dan terfikir macam-macam la kan,,contoh. "cakap pasal aku la tu", "nak rahsia daripada aku la tu", "ada benda yang tak kena kat aku la tu"..

entah-entah 2 orang tu tak cakap pasal ko pun, tapi itulah ko manusia dan aku manusia yang sememangnya ada rasa-rasa yang aku cakapkan tadi.. jadi, itulah pentingnya kita ambil kira tentang hadis tadi..

*pimpinlah aku ke jalan-MU
*ingatkan aku pada kepalsuan dunia yang seketika ni oh ALLAH

Thursday, December 1, 2011

jumaat 1

assalamualaikum..

mulakan dengan selawat, allahummasollia'lamuhammad waa'la alimuhammad..

telinga aku berdecit dengor orang cakap "dunia ni kejam"..pehal yang dunia ni kejam pulak? yang kejam tu manusia, bukan dunia..ALLAH dah tentukan hidup kita macam tu, jangan salahkan orang lain, dah ketentuan takdir adik oii!..jalan hidup ko cam tu, hidup aku cam ni..dan so on.

Sunday, November 13, 2011

terlambat

Assalamualaikum..

Hari ini penghulu segala hari, jumaat. Banyak-banyakkan selawat..allahummasollia’alamuhammadwa’ala alimuhammad…

Hari ni aku nk menjurus kepada golongan perempuan yang berkahwin lambat atau dikatakan juga perempuan lanjut usia atau Andalusia atau  diksi kata yang agak kasar bagi aku untuk golongan tersebut adalah anak dara tua atau andartu..

Ramai orang berpendapat perempuan yang masih tidak berkahwin di usia 30 tahun dan keatas akan berperwatakan garang, egois, bengis, dan yang sama waktu dengannya.
Setelah aku mengkaji serba sikit dan melalui pemerhatian aku terhadap mereka yang tergolong dalam golongan ini, ada kebenarannya. Namun, menurutku mereka berperwatakan sedemikian kerana kurang keyakinan diri dengan status mereka, malu dengan rakan-rakan yang mungkin sudah beranak-pinak bercucu-cicit dan sebagainya dan satu lagi kerana memang perangai semulajadi orang tu macam tu nak buat macam mana. Mungkin mereka akan berubah setelah berkahwin atau mungkin akan berubah setelah mendapat petunjuk….huhuhu

Itu sajalah kjian aku untuk kali ini, sekian.   

Tuesday, November 8, 2011

merah dan raya

Assalaualaikum..


             Merah….


Penghuni kota yang pulang ke gagang semakin ramai yang pulang kembali meneruskan perjalanan masing-masing. Malam ni anak-anak buah, abang aku yang sulong pulang ke negeri Sembilan. Jalan-jalan di Kelantan ni pun dah semakin sesak, mana tak nya, masing-masing dah habis cuti raya.

Aku pun terfikir, rumah-rumah di kampung akan meriah apabila tibanya musim raya, rumah aku pun macam tu lah..aku pastti merindui solat berjemaah, makan sama-sama, masak sama-sama, tidur sama-sama, tengok tv sama-sama, dan semuanya lah sama-sama.

Haa, yang lebih menariknya raya korban rumah aku tahun ni sebab adanya geng  baru rumah aku. Abang aku yang kerja kat johor tu dia bela sekor iguana, nama nya MERAH. Menatang ni kadang-kadang bikin kecoh, yelah mana tak nya kakak ipar aku tu penakut . menatang tu diam je pun, tapi kalau ada kat luar tak duduk la dia kat situ. Aku ni nak kata takut, takut la jugak, nak kata geli, geli la jugak tapi x de la sampai tak boleh dekat langsung, aku boleh pegang merah tang ekor je, badan dengan kepala dia aku geli la nak pegang.

Yang aku dok terasa sayu ni, mestilah sebab kalau dah habis cuti ni mula lah kesibukan dengan tugasan kat kampus tu. Adush,, tak boleh ke kalau tak de kerja??
Okey la, sampai sini la dulu..



Wassalam.,,,,
  

Sunday, November 6, 2011

cahaya aidiladha

Assalamualaikum...

hari ni dah pun 11 zulhijjah bersamaan 7 november...semalam 10 zulhijjah kita menyambut hari raya aidiladha dan juga disebut hari raya korban..mengapa korban??
kerana umat islam akan korbankan binatang al-an'am(unta,lembu,kambing,biri2) kalau nak tahu lebih banyak tentang sejarah aidiladha makanya anda harus mencari di saluran yang betul yer..

satu perkongsian yang saya dpat daripada khutbah solat sunat aidiladha kat kampung saya ni tentang ibadat wukuf iaitu satu rukun haji yang wajib dilaksanakan oleh mereka yang mengerjakan haji

wukuf : berhenti seketika di arafah diantara waktu asar dan maghrib..

apa ibadat yang dilakukan? bermuhasabah diri,zikir,doa berbayankbanyakbanyakdanbanyakberbanayak,baca quran

macam mana ibadat wukuf boleh terjadi?
ini berbalik pada sejarah ibadat korban yang mana nabi Ibrahim diperintah oleh Allah untuk mengorbankan anaknya nabi ismail dengan bermimpi baginda mengorbankan banyak binatang..namun ketika baginda didatangi mimpi tersebut, baginda masih belum mengetahui dan memahami sama ada ianya datang drp ALLAH atau syaitan...oleh itu baginda berfikir tentang mimpi tersebut dan bermuhasah diri..oleh itu,terdapatlah ibadat wukuf...

ok??..kalau tak okey, tak faham atau nak tahu lebih lanjut maka bertanyalah yang lebih banyak ilmunya..









*kalau ada baca entry aku ni dan ada kesilapan,tolong tegur yeer
*aku pasti merindui hari semalam
*bahagia...
*terima kasih ALLAH atas kurniaan nikmat-MU pada kelurgaku..

Thursday, October 27, 2011

satu sisi lain kehidupan

Assalamualaikum..

Hari ni 1 zulhijjah, pagi tadi aku baru balik dari kl, aku pergi sana sebab nak jumpa dgn PR of MOHR. Bagi aku ini adalah satu penglaman baru la dpt kenal dengan satu sisi kehidupan manusia lain,(world of public officer). Aku tinggal rumah teammate aku punya kakak, sempat jugak kitaorang tumpang sekaki keluarga dia pergi PD. Tengok keluarga dia bergembira, terus aku teringat kat keluarga aku, huh, tak sabar nak balik..

                                                                miss them so muchhhh!!!..

PR tu pulak bagi kerjasama yang sangat baik,banyak yang aku belajar daripada beliau.(teringin nye nak kerja kat sana), tapi bak aku suruh jadi cikgu aku pun suka jadi cikgu…huhu.

Keinginan sementara mungkin..

Pengalaman memang mendewasakan kita, semakin banyak pengalaman yang kita kutip, semakin matang la hidup kita..dalam masa 11:15 sampai la 2:00 petang, lama nye kata housemate aku..aku pun tak sangka sesi tu kurang  lebih 3 jam..kalau nak jadi PR memang kena cakap banyak,menulis banyak dan membaca banyak kata puan PR..semua benda kena buat banyak hahaha..tak de lah, kalau anda rajin buatla..
PR ni, ada cabaran yang tersendiri bagi aku..anda kena tentukan dulu apa yang anda inginkan , usaha insyaallah ada rezeki dapat la, menurut puan PR..

So, aku kena buat latihan untuk akaun dulu, selasa ada test..huh, sebelum balik kena merentasi rintangan dulu..dhuha jgn lupa!


28/10/2011
8:15 pagi

Friday, October 14, 2011

nikmat-MU

Assalamualaikum...










Oh ALLAH..semalam aku tesedar dalam lenaku di dunia sementara ni. Aku lupa akan hakikat kehidupan yang sebenar, KAU telah membawa aku ke jalan-MU ALLAH. aku hanyut dengan arus hidup aku yang hakikatnya persinggahan..

Semalam, di pagi Jumaat 14 Oktober 2011, aku menghadiri seminar perbandingan agama. Alhamdulillah ALLAH membawa aku ke jalan-Nya, sungguh indah ISLAM..Nikmat islam ni sangat besar nilainya. Bukan sekadar agama warisan atau keturunan, kita harus mencari kefahaman kita yang sebenar-benarnya terhadap islam..Pengertian yang pada aku tak mungkin aku dapat kalau aku tak pergi semalam..

Seminar semalam telah banyak bagi kesedaran kat aku..oh ALLAH lah segala-galanya..terima kasih ALLAH ..berapa banyak ALHAMDULILLAH yang aku ucap sekalipun tak mampu untuk samakan dengan nikmat islam ni ya ALLAH..

YA ALLAH, TETAPKAN IMAN AKU, KELUARGAKU DAN ZURIAT KETUNANKU..TETAPKAN HATI-HATI KAMI PADAMU. JANGAN KAU PESONGKAN HATI KAMI SETELAH KAU BERI PETUNJUK PADA KAMI..

OH ALLAH, AKU NI hambaMU....

Thursday, October 13, 2011

aku,kereta bayar,kawan rumah

Assalamualaikum...

Hari ni 13 oktober 2011, aku telah mencatat rekod peribadi bawak kete paling jauh dan paling lama
(merbok-sp,)..ahha..eh lupa la, aku pernah bawak dari kb ke bunga bok lepas aku baru lulus JPJ...gara-gara Pak Cik Halim la ni,,dia la cikgu sekolah memandu aku(sama nama dengan bak aku) ..teringat balik masa laluku belajar kete..ish dasyat..

Teringat pulak iklan Softlan,kelembutan datang dari soflan,,keyakinanku datang dari ibu..apa kaitannya ni??..ini adalah kerana insan yang sangat mendorong diri aku dan bagi keyakinan bahawa aku boleh bawak kete adalah.....
                                                   
                                                                 -
                                                                 -

                                                                -



                                                        MIE KESAYANGAN AKU


Cerita yang sebenarnya aku nak cakap sebenarnya adalah...kalau mie aku tak bagi keyakinan untuk aku bawak dia pegi jalan-jalan dengan kete di suatu petang tu,,mungkin aku tak berkeyakinan untuk bawak hari ni..kakak-kakak aku sebelum ni pun, mie aku la yang bagi keyakinan dan kata-kata yang meransang adrenalin kami untuk lebih berani bawak kete....percaya tak, orang yang pertama dua kakak aku dan aku bawak kete time mula2 kitaorang belajar kete adalah mie aku..abang-abang tu tak lah..nama pun lelaki,,takkan nak dok bawah ketiak mak..


ALHAMDULILLAH...selamat pergi dan pulang..terima kasih kat che qila, cik t, dihar dan qis..jangan serik nak jadikan aku driver korang lagi..hehehe




* gembira tengok kawan-kawan happy
*mie selalu ada ketika susah senang yang aku lalui
*saye ko mie sokmo-sokmo
*rindu kat usrati..

Tuesday, October 4, 2011

kau pergi

assalamualaikum..






datangmu aku menunggu,
kata-katamu aku tafsir,
buah fikiranmu aku terima,
jenakamu aku ketawa,
pandanganmu aku terima,
pergimu aku tidak mengharap,
ada hikmah tanpa bicara,
perancangan ALLAH yang terbaik,

Saturday, September 24, 2011

Diluar jangkauanku

assalamualaikum..

Bila sudah namanya manusia,makanya sudah manjadi kebiasaan manusia itu sendiri yang mana brelakunya peristiwa di luar jangkaan mereka atau terdapat juga kejadian-kejadian yang tidak disangka-sangka. Yang membezakan kita sesama insan adalah cara kita menghadapinya dan cara kita mengatasi cabaran-cabaran itu.

Mengapa ni? tertanya-tanya??..sebenarnya terdapat peristiwa di luar jangkaauan yang dialami oleh aku dan kawan aku ni..mungkin juga tidak perlulah untuk aku huraikan dengan panjang lebar kat sini. Cukuplah sekadar aku berkongsi akan rasa-rasa yang terpercik dalam kanvas perjalanan aku sebagai pelajar.

Realitinya orang lain tidak melihat akan keadaan yang kita alami akan tetapi mereka hanya akan melihat situasi mereka dan kesusahan mereka tanpa mengambil kira akan kesempitan orang lain. Makanya, kesabaran jualah akhirnya yang akan menjadi penawar mujarab untuk mereka yang berada dalam kesempitan dan kesusahan.

* Bilamana keliru, ALLAH jualah tempat pergantungan
* INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN

Saturday, September 17, 2011

oh no!


                                             thaxs to thepersonwhodidthis




ini adalah rentetan pada entry aku tadi. Why?? i sentap nyah!!..sampai hati u suruh i cari then, u look down pada aku punya ability...mestikah aku akan terus  diperlakukan macam tu??ok fine, u dalam kategori kepandaian di tahap atas daripada aku..Sakit hati i nyah..mungkin juga benar menurut pandangan mie aku yang.........just let me know about it. Personal la nyah....

ok, i tak salahkan u pandang rendah i sebab i memang macam ni..always diperbodoh-bodoh-bodoh-bodohkan. Apa ingat i ni arnab ke??..
                                                                   -
                                                  -

                                                  -



                                                 -


 let me stop here.........................................


*how to make people respect u..
*gua ttap gua weii..lu langsi lu mati la weii!!

Friday, September 16, 2011

HATI

Assalamualaikum.....



hari ni hari sabtu..apa nak buat?? jangan buat tanya soalan bodoh tuu sebab diri sendiri tahu yang assignmnt dah ada..tinggal lagi nak buat ke tak...ok, itu adalah masalah diri sendiri yang tak de sapa boleh tolong melainkan diri sendiri..sesudah itu aku ingin melanjutkan lagi tentang kesussahanhati aku yang belum reda lagi walaupun ada sikit kelegaan..entah kenapa aku rasakan bahawa kalau ada mie dan kakak-kakak aku kat sini mesti aku takkan berada dalam keadaaan yang sebegini rupa..tapi aku harus percaya bahawa ini adalah sebahagian daripada ujian hidup hamba yang lemah lagi kerdil seperti ku...

Kadang-kadang aku terfikir yang sebenarnya maslah aku adalah maslah diri sendiri..aku cuba untuk menilai fikiran dan hati orang lain yang samasekali bukan kemampuan aku untuk lakukannya..pada aku, kata-kata setiap individu itu adalah memaksudkan dirinya sendiri atau lebih tepat lagi memaksudkan apa yang terdapat dalam hatinya..aku merasakan kawan aku sepertinya tidak mahu aku join dengan mereka..apesal hah aku ada fikiran ni..yelah, tak de pun kata-kata semangat daripada mereka yang menyokong keputusan aku kacuali dia...nantilah aku biarkan masa yang menentukan segalanya,.,.,.

*Help me ohALLAH
*Manusia sukar dinilai hatinya
*Permudahkan segalanya oh ALLAH

Thursday, September 15, 2011

harus bagaimana?????

assalamualaikum...



                                                       sumber google




Di pagi jumaat yang pertama semester ni..mulakan dengan Allahummasillia'laMuhammadwa'alalimuhammad.

ok..citer nye macam ni..semester ni aku kena belajar bahasa ke-3 iaitu sama ada aku pilih mandarin,bahasa arab atau jepun..kompem2 la aku tak ambik jepun, tak minat dan tak de basic..skang ni aku dah daftar kelas mandarin walaupon tak de basic dan tak pernah terlibat pun dengan dunia kecinaan ni..bahasa arab pulak aku ada basic walaupun 3 tahun je la aku belaja time form 1 sampai form 3..dan aku dapat 'c' jee,,

tiba2 hati aku jadi terdetik untuk tukar ke bahasa arab masa aku tengah  baca ma'thurat tadi dan kebetulan pula malam semalam aku buat solat istikharah saja2 bukan berkaitan untuk tukar subjek tu sebab aku tak terfikir pun pasal tu sebelum ni..entah macam mana hati aku tiba2 terfikir macam  bahasa arab ni lagi bagus dan perlu menukarnya,,time tu macam 100 % nak tukar..aku pun tanyalah mereka yang lebih berkaliber dalam arena kehidupan ni,kakak aku, kawan-kawan...

Adakah ini petunjuk dari-Mu.


Oh ALLAH tolong aku.....

eeuww gedixs

assalamualaikum...

gedixs....gedixs aku tambahkan 's' sebab yang menggedixs tu lebih sorang,,dan orang yang gedixs tu adalah  student baru yang join kelas aku..actually,,lalalaaki laa,dalam kata lain poyo pun mugkin juga,mana tak nye senah, ada ke mengata aku kat belakang belikat aku..ciss ni kes kurang asam keping kena tambag garam dan ajinamoto secukup rasa ni...

Nasib baik dorang tumpang kelas aku empatbelasharibersamaanduaminggu..kalau tak,naik rimas lah kami..bukan aku je yang kena,hampir semua budak kelas aku kena..aku tak sabar nak tunggu dorang keluaqqqq!!!!

                                                                  sumber google

Tuesday, September 13, 2011

perjalanan kamu dan aku

assalamualaikum...
                                                           sumber google


macam biasa aku jarang memulakan entri aku dengan intro yang berjela-jela..aku ada sesuatu ingin berkongsi
dengan kamu yang terbaca entri atau terbukak blog ni..

seperti jua pelajar-pelajar lain yang berada dimenara gading, minggu pertama bermula semester baru tak ada sangat kerja yang perlu dibereskan..tadi aku baru je lepas layan filem nur kasih yang aku dapat daripada kawan aku. Aku tak sempat nak tengok sepenuhnya cuti raya hari tu, kat panggung pulak aku tak pergi..tiba-tiba classmate aku yang tinggal kat rumah sebelah datang, aku ingatkan saje je beliau datang nak sembang-sembang..lepas je habis tengok movie aku keluar bilik nak join diorang..alih alih kawan aku tu tengah nangis..kata housemate aku dia ada masalah yang tak dapat nak luahkan..

dengan niat untuk membantu beliau aku pun bagitau la kata-kata yang selama ni jadi pegangan aku dalam menempuh perjalanan hidup aku..aku tak tau la sama ada terkesan atau tak,,tak pe lah yang penting aku bantu sekadar yang mampu..sejujurnya pesanan-pesanan itulah memberikan kekuatan untuk aku terus melangkah dalam dunia persinggahan ni..

kalau nak tahu..pesanan mie aku telah memberikan kekuatan untuk aku,,mie aku cakap..apa-apa yang terjadi dalam hidup kita susah senang kita mengadulah pada ALLAH, doa banyak2 kat DIA..sebab ALLAH yang menciptakan kita dan hanya DIA yang tahu isi hati kita..walaupun kita cerita atau luhkan kat orang lain, diorang belum tentu memahami apa yang kita rasa..mungkin sekadar berkata sabar dan bersimpati..
 
perjalanan kehidupan kamu dan aku sudah pastinya berbeza..hanya kamu tahu apa yang berlaku dan mencari gali penyelesainnya..tabahlah wahai hati untuk menempuhinya..


*bergantunglah sepenuhnya pada ALLAH
*yakinlah ALLAH akan membantu kamu disetiap kettika
*daripada-NYA kita datang,kepada-NYA kita kembali

Monday, September 12, 2011

saya

assalamualaikum pemula bicara..hati berkata2 tiada siapa yang tahu,hati memberi rasa kepada pemiliknya,mampukah untuk hati menjadi pemilik kepada tuannya dan tidak lagi menjadikan tuannya merana kerananya..makanya harus bagaimana untuk mendidik hati agar tidak dimamah oleh kebodohan dunia semata-mata. sukar untuk menilai hati itu sendiri kerana pemiliknya tidak mampu untuk melihat isi hatinya namun hanya mampu untuk merasa akan hatinya yang berkeadaan bagaimana..hanya keikhlasan pemiliknya jualah yang mampu untuk menjadi pendidik dan merawat hatinya itu..

dalam hati saaya tertanya-tanya akan hati saya berkeadaan bagaimana adakah ianya sakit kerana menderita atau berbunga ceria bahagia lagaknya seolah-olah berada di taman yang dipenuhi bunga sambil diiringi sayap riang rama-rama yang berwarna-warni?? aku tertanya sendiri....
                                                        sumber google 
*aku tidak ingin menyakiti
*aku ingin berbahagia cumaaa...mana mungkin,,inikan sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan usah diharap pada perjalanan yang lurus dan tidak ada susah payahnya..ahhhh mimpilah..
*kepada mereka yang terbaca entry ni aku mengharapkan doa kamu agar aku bisa hidup dengan jalanku sendiri berbahagia dengan caraku sendiri....

Saturday, September 10, 2011

permulaan ke 3

pagi ni aku ada kelas kul 10 tapi macam biasa la ak x da moto apatah lg keta. jadi terpaksa pegi awal ngan bas kul 9. ok, tu masalah aku punya.. bnayak orang lagi yang mempunyai masalah lain2 lagi..sebenarnya masalh aku adalah aku rasa cam x tenang atau dalam erti kata lain hati aku macaaaaaaaaaaaaaaaaamm,,ntah x tau nak kata..aku x sedia nak mula kelas ntuk semester ni..aduhh..help me

hanya mampu menulis tidak mampu untuk menghadapi.......

*ALLAH tidak memberi ujian yang aku dan kamu x mampu untuk hadapi..help me oh ALLAH.

12 syawal 1432H..269B

Monday, August 29, 2011

Thursday, August 18, 2011

ramadhan

assalamualaikum..



kita masih lagi dalam bulan ramadhan yang penuh barakah. Tapi yelah,,esok dah 20 ramadhan. Tinggal lg 10 hr untuk kita menggunakan sepenuhnya kesempatan yang diberikan ALLAH. Entah kenape,,rasa macam cepat je bulan ramadhan ni berlalu,pejam celik dah sampai 10 terakhir. Malam ni masjid kat rumah aku mula buat solat tasbih.Harap2nya aku mampu untuk bersama2 mengutip kenikmatan itu. Sebetulnya aku tak tau nak tulis apa dan nak cerita apa,,Waktu subuh tadi banyak je benda kat kepala ni, sekarang ni dah kosong la plak..Aaah biarkanlah, sekadar nk menghidupkan blog aku yang sepertinya hidup segan mati tak mau ni..

Harap2 nye saya dan anda mampu untuk menjalani 10 terakhir ni bukan saja dengan jayanya malh dengan cemerlang nye,,bagi yang masih cari arah perjalann kehidupan ni, mungkin ramadhan ni boleh dijadikan sebagai masa untuk menilai nilai atau dalam bahasa yang diguna pakai oleh pak2 ustaz muhasabah diri. Aku pun masih banyak yang kena baik pulih.. bahasa yang digunakan mungkun memeningkan bagi sesape yang terbaca entry ni, kejap saya , kejap aku..suka hati anda bagaimana yang terbaik, jika close terus adalah yang terbaik maka click jee.
Dah la..masih sempat lagi dhuha..jom


Semua yang ALLAH kurniakan adalah yang terbaik. Tinggal lagi bagaimana kita gunakannya dan manfaatkannya..

jom tambahkan yang kurang sementara masih ada, Entah kan dapat sampai ke tak pada ramadhan akan datang..
19 ramadhan 1432H..10:30 am

Sunday, July 17, 2011

masih wujud ke?

assalamalaikum


lama nye x bukak blog..fb bukak hari2,kadang2 4 ke 5 kali sehari..tak tau lah nak tulis apa..banyak nak citer tapi asyik simpan2..lama2 malas la jawabnye..dah la aku memang malas..


Yang pastinya blog BUNGABOK ni masih dalam tahap merah, bermaksud level x memuaskan la..lagipun bukannya ada orang baca pun blog aku ni..eh lupa plak,aku mencipta blog ni untuk main2 ja,bukan sewius mcm bloger2 yang dah memang dunia dorang blog ni..k r. Malas cakap banyak,memang x tau nak cakap apa..x de citer sbb sekarang ni tengah cuti semester..orang lain busy dgn partime dorang, aku dok umah jaa


Sentiasa mencari makna hidup
Mengharapkan kehidupan yang ditempuh penuh bermakna..


lupa plak,,ramadhan semakin hampir..siapkan diri ya


WASSALAM







Saturday, June 25, 2011

nk citer sket

SALAM..
Hari ni  rasa cm nk citer pasal pengacara tv yang  yang  yang  yang,,yang aku salute la senang citer..iaaaitu  En.Ahmad Fedtri Yahya.
pe hal y aku cbok2 nk citer pasal org ni padahal dri sndiri x terjaga??..
suka hati ar..hehe
 aku salute dgn cara dia melontarkan pndpat dan cara dia mngndalikan MHI kt TV3 2 dan dia agk rendah diri dan bersederhana..actually,,wahh ..aku mint kt MHI ni sblm beliuuu jd pngacara lagi,..aku mint MHI sejaaak x tau bila tapi seingat aku smnjk zmn aziz desa lagi (cermin-cerminkan diri ) dia punyer trademark kmdian hosnya bertukar ganti sehinggalah zaman ally iskandar,raja endon mastura, nuraffenda Ibrahim sampailah sekarang..mie aku suka tgk rncgn2 cam nie 2 yang aku pun terikut tgk gak 2..masa kali pertama ally iskandar perkenalkan pengacara MHI y baru iaitu fedtri, fenda aku tgk gk,,lepas je fenda kawin aku x tau dia ke mana,,adik aku pom minat gak MHI ni..feberet talk show la bolh dikatakn..aku dapat tgk la perkembgn fedtri nie ,,semakin lama semakin hebat la cara penyampaian dia..byk rncgn2 kt tv3 y dia terbitkan which is good..hehe..lagi pun dia lbh Islamic dan lbh ketradisionalan..AKU SALUTE!!
Sampai tahap mana aku minat dia???
Sampai tahap x de tahap..hhohoho..Nonsense
Aku minat smpai aku ngn adik aku cari dia punya profile kat internet, jd fren die kat fb ( 2 biase ek??hehe) ..aku dgn adk aku memg satu minat..bestnye kalo blh menonton sama2..apakan dayaku huhuhu..


Okeyyy..sebenarnya apa kaitan aku dgn dia???
X da kaitan sedara-mara atau bau2 bachang atau bau machang atau sebagainya 2..saje jew,sekarg aku dpt tau dia dh kawin dgn gadis pilihan hati org kelate..satu bendera dgn aku,negeri kelahiran sape lg kalu bukan tok janggut huahuahua..TAHNIAH AKU UCAPKAN..akhrnya bertemu jua jodohnya  ( bila la kak che nk kawin ) hehe..ape kaitannya???
Soooo…pe ke hey nye aku dok cerito nih???..
aku pon x tau hahahah..
nk isi waktu petang aku y ntah pape nih, wahhh..hehe
apabila  matahari ingin melabuhkan tirainya, byk plop benda yang terlintas di benak ku …TIBA-TIBA  
‘ perjalann hidup ni bukan mudah tapi semua orang perlu hadapinya..dari kita dilahirkan dari rahim bonda,pegi tadika,sekolah rendah, sekolah menengah, masuk universiti, kerja, sampailah kembali pada YA KHALIQ..semuanya perlukan pengorbanan dan seribu satu ketabahan, kesabaran..kitalah y merancang perjalanan hidup kita,,ingin ke mana?? Arah mana?? Apa tujuan??

**********************************************************************************
Semoga hari ini dan hari esok membawa perubahan kebaikan..
Semoga setiap detik berlalu dengan penuh keindahan..
Semoga angin yang bertiup membawa ketenangan disini dan pengakhirannya disana..
Semoga mentari yang menyinar memberi kebahagiaan setiap  insan..
Semoga malam yang mendatang dipenuhi kerlipan bintang yang menyenangkan jiwa y kosong..

OH ALLAH..DARIPADAMU AKU DATANG KEPADAMU AKU KEMBALI 

Wassalam,,
17 mei 2011 1823
p/s: k.che 2 kakak aku.




bunga-bunga hidupku

SALAM..
Tiba- je hari ni rase cam nk cerita pasal benda yang buat aku gembira dalam hidup seorang yang bernama ****** ini (nnti aku citer sape aku bila tiba masanye). Kehidupan aku lebih dekat dengan keluarga aku walau pada hakikatnya jarak menjarakkan kami,,yelah semua dah dewasa bawa haluan diri masing2 lain lah time kami kecik dulu2 memang lah dok main, makan, tido, tgk tv sesame la kan. Pejam celik masa pantas berlalu dan sekarang aku dh menginjak ke usia 21 tahun, abang sulong dah 36 tahun dan adik aku yang paling kecik ( selalu buat aku naik hangin) dah 13 tahun..

                                Alhamdulillah Alhamdulillah alhamdulillah

Ok kembali pada benda yang aku nk citer, tentang benda yang telah buat aku rasa gembira yang ni amat hahhahaha..firt aku paling gembira time aku dapat result stpm 2010, walaupun x lah sehebat mereka yang memang bijak pandai tuu.Apa yang penting aku telah Alhamdulillah akhirnya aku Berjaya membawa diri aku melepasi benteng kegagalan selepas kuciwa dengan teruknya time trial hari tu( aku fail PA, dah la aku sorang fail). Hanya ALLAH yang tahu betapa kuciwa nya aku tapi ALHAMDULILLAH sekali lag sbb..ALLAH kurniakan aku sahabat2 dan ibunda aku yang sudi mendoakan aku.. begitulah aku, aku hidup dengan kasih saying PENCIPTAKU yang selalu disamping hamba-NYA dan kasih sayang orang2 di sekelilingku.

                                 Alhamdulillah Alhamdulillah alhamdulillah

Setelah itu ALLAH kurniakan lagi aku sebuah kejayaan yang telah menukilkan dan melukiskan kemanisan dan kegembiraan pada  wajah2 yang sangat mendahagakan kejayaan nak2nya, mie dengan bak aku( aku rasa sesgtlh hapy bila orang y aku syg hapy) ALHAMDULILLAH..aku dapat tawaran masuk university walaupun aku sering juga dengar aorang merendh2kan UITM,,ade aku kisah dengan diorang???y pentig aku dapat menambahkan ilmu aku yang still ciput ni. Kejayaan itu berganda dengan adik aku jugak dpt masuk university( ALHAMDULILLAH dia pun agak mengembirakan mie dgn bak aku dalam SPM dia). Disebabkan mie aku dah niat kalau dapat masuk u nk sembelih kambing , maka tersembelihlah kambing2 itu dgn jayanya.. Sekali lagi ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. ALLAH masih lagi menyayangi aku. Walaupun ya,, aku agk kuciwa jugk la sblm tu sbb x lepas exam bertulis cikgu 2 dan x leh jd cikgu, tapi aku yakin ada hikmah disebalik yang berlaku yang aku x tahu yang sememangnya hanya ALLAH yang tahu kerana DIA  adalah perancang yang terbaik.

                                    Alhamdulillah Alhamdulillah alhamdulillah

Seterusnya..cehh mcm buat esei lak..Tahun lepas(2010) mie, bak dan nenek aku ALHAMDULILLAH dapat menunaikan haji. Tersangatlah sedih time dorang nk pegi, aku yang terlebih nangis banding ngan adik aku yang bongsu( ntah pape r aku) manja kededek kot huhuhu..yang time dorang balik adalah kegembiraanku yang tidak terhingga.. Hanya ALLAH yang tahu.. its just the feeling, no word that I can use to tell about  that, speechless..wahhh,,,(mnympah)omputih la pulek deeh..aku hapy tgk family aku kumpul mana idak nye 11 orang adik beradik +ngan kakak ipar 2 orang + ngan anak buah 4 orang..2010 mcm tahu suka kegembiraan aku mungkin..
Ok lah setakat itu lah dulu yang aku blh ckp pasal perjalanan aku yang telah mewarnai kehidupan aku di atas bumi ALLAH yang fana ni..

                          Alhamdulillah Alhamdulillah alhamdulillah

Sejauh mana pun berlari akhirnya ALLAH la tempat kita tuju
Setinggi mana pun darjat kita hakikatnya ALLAH la yang TERTINGGI
Sehebat mana pun kita tidak mampu menandingi KEHEBATAN Allah
Semoga kita senantiasa di bawah lindungan RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH

WASSALAM….
30 mei 2011 21:05

Friday, April 29, 2011

ape2 jee

dgr sini aku nk cerita..
kalau ingin dsyngi..
menyayangilah..
kalau ingin dibenci..
membencilah..
kalau ingin sempurna..
sempunakanlah olehmu..
kalau ingin melihat..
lihatlah dengan mata hati..
jgn menilai aku dgn caraku..
nilai aku dgn semmpumu..
memujuk,dipujuk,terpujuk,
pilih la oh dunia yg smmpumu..
adakala aku memujuk smmpuku..
ada ketikanya aku x mampu memujuk..
kerana aku insan biasa..
aku hidup dgn caraku..

biarkan aku sendiri..


Wednesday, April 27, 2011

cikgu???

Alamak...tetiba jak aku rase sedih.. nk tau ke nape??..aku trtengok dan sengaja tgok prkmbgn kwn aku y tgh stdy kt IPG..
bila tgk gmbr die aku jd sedih plak..KERANA ssugghnya aku nk jadi CIKGU dan cita2 ku laa..sedih la...cita2 lain,,belajat lak benda lain..
aku try la mmujuk hatiku ini (chewaah)..ada hikmh nape aku x dpt,,tp aku x nmpk lg..ALLAH kn lbih tau pe y terbaik ntuk aku..ok..
i'm undrstdt it..

Wednesday, January 26, 2011

pulang

rase mcm gatal tangan nk menulis jek..hari mood aku baik,.malam esk aku balik kg...kampung aku kat tanah serendah sekebun bunga negeri cik siti wan kembang..x sabar nk jumpa family aku..insyaALLAH aku selamat sampai la kat sana..sekarang ni blog aku boring la cz aku bru je kan dalam arena 'blogger' ni..

Thursday, January 20, 2011

aku dan blog

Aku nk mulakan taipan aku kt blog y bru dilahirkan ni dengan Bismillahirramanirrahim...aku buat blog ni sebenrnya ntok aku meluahkan rasa aku dan tmpat ntok aku citer pasal life aku..blog ni kira mcm pndgr aku..y pnting aku nk bunga bok ni dgr citer aku,tak kisah r btul ke salah ke....nanti aku citer la lagi..wassalam